Contoh Surat Permohonan Latihan Industri (Praktikal)

Panduan buat para pelajar yang ingin membuat permohonan latihan industri atau praktikal. Buat makluman semua, latihan industri atau praktikal merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar bagi melengkapkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Berikut dikongsikan contoh surat permohonan latihan industri buat rujukan para pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal.

Latihan Industri merupakan satu langkah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Tempoh praktikal diadakan adalah bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi temapt pelajar menyambung pengajian.

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri (Praktikal)

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri (Latihan Praktikal)

Pada kebiasaannya, para pelajar akan menjalani latihan industri di syarikat yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Berikut dikongsikan contoh surat permohonan latihan industri:

CONTOH 1

Zuhaidi Bin Hilmi
No. 7 Jalan Peserai Jaya 1,
Taman Peserai Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

_____________________________________________

Pengurus Besar
ABC Auto Service,
No. 100 Jalan Rahmat,
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

16 Februari 2012

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama empat (4) bulan bermula dari 6 Jun 2012 sehingga 27 September 2012.

2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda KejuruteraanAeroangkasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Saya sedang mengikuti pengajian di semester keenam di mana salah satu syarat untuk menamatkan pengajian adalah dengan mengikuti program latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti dalam bidang Kejuruteraan. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Bersama-sama ini saya sertakan resume / CV untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,
………………………………
(ZUHAIDI BIN HILMI)

CONTOH 2

Fazlin Binti Suratman
No. 17 Jalan TJ 1/4,
Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.

8 Februari 2018

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Al Hijrah Media Corporation,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur

PERMOHONAN PENEMPATAN UNTUK LATIHAN PRAKTIKAL 6 BULAN

Saya yang bernama seperti di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar memberi peluang kepada saya mengikuti program latihan praktikal di Al-Hijrah Media Corporation bermula dari 6 Jun 2018 sehingga 30 Ogos 2018.

2. Untuk maklumat tuan/puan saya merupakan seorang pelajar jurusan Seni kreatif di Universiti Malaysia Sabah. Saya kini mengikuti pengajian tahun ketiga iaitu tahun terakhir dimana salah satu syarat perlepasan akademik untuk bergraduat adalah mengikuti program latihan praktikal dengan mana-mana syarikat yang memerlukan khidmat kami selama 6 bulan.

3. Setelah membuat kajian terperinci, saya dapati Al-Hijrah media corporation menepati ciri-ciri organisasi yang mampu membangunkan modal insan dengan cemerlang. Saya berharap pihak tuan/puan akan meneliti dan menimbangkan permohonan saya. Saya percaya dengan kemampuan saya untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan kearah membangunkan Al-Hijrah media corporation kearah yang lebih cemerlang.

4. Segala kerjasama pihak tuan/tuan amat saya hargai.

Yang benar,

…………….……….

(Fazlin Binti Suratman)

 

Diharap agar perkongsian Contoh Surat Permohonan Latihan Industri (Praktikal) ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat berjaya mendapat tempat di syarikat latihan industri yang dipilih.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives