Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred N29

Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Bentara Mesyuarat Gred N29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred N29

Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 SPA

Berikut adalah ringkasan tugas skop fungsi dan bidang tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 :-

Bertanggungjawab kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Setiausaha Dewan Negara (SUDN), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) dan Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Dewan (KPSU PD).

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas

  1. Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen
  2. Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai- pegawai bertugas Kementerian pada waktu pagi mulai 7.30 pagi
  3. Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal-hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota cawangan Bentara
  4. Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat
  5. Mengendalikan program lawatan khususnya pelajar-pelajar sekolah serta memberi taklimat kepada mereka
  6. Membantu dalam penyelarasan hal-hal Personel Cawangan Bentara
  7. Membantu menyelaraskan pengendalian pengurusan kualiti dan ISO untuk Cawangan Bentara
  8. Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan seperti AIPO, CPA, AFPPD dan PUIC Anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.

Kumpulan: Pelaksana

Jadual Gaji Bentara Mesyuarat Gred N29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Bentara Mesyuarat Gred N29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,493.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian syarat lantikan serta skop kerja/ gaji Bentara Mesyuarat Gred N29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives