Tugas Bentara Parlimen Gred N11

Bagilepasan PMR/ PT3 yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Bentara Parlimen Gred N11 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11 termasuk jadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Bentara Parlimen Gred N11 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerja kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Tugas Bentara Parlimen Gred N11

Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Bentara Parlimen Gred N11 di sektor perkhidmatan awam :

  • Bertugas menyediakan perkhidmatan kepada ahli Parlimen ketika dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota. Menjaga keselamatan dan disiplin ahli Parlimen serta pelawat-pelawat dalam dewan. Menolong menyusun buku-buku atau risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Selain itu, Bentara Parlimen turut menolong mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa dan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan. Juga melaksanakan kerja-kerja menyambut tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia yang terdiri daripada tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Bentara Parlimen Gred N11

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Bentara Parlimen Gred N11 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,216.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,983.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Bentara Parlimen Gred N11.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,216.00).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives