Deskripsi Tugas Jurubahasa Serentak Gred N41

Senarai Tugas Dan Gaji Jurubahasa Serentak Gred N41 SPA. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Jurubahasa Serentak Gred N41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan bahasa menarik minat anda, maka jawatan Jurubahasa Serentak Gred N41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Jurubahasa Serentak Gred N41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Jurubahasa Serentak Gred N41

Jurubahasa Serentak Gred N41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Deskripsi Tugas Jurubahasa Serentak Gred N41

Diantara tanggungjawab dan skop kerja Jurubahasa Serentak Gred N41 adalah seperti berikut :-

  • Sebagai Setiausaha Bersama bagi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, melakukan terjemahan serentak ketika mesyuaratDewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).

Jadual Gaji Jurubahasa Serentak Gred N41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jurubahasa Serentak Gred N41 adalah seperti di bawah.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Parlimen

  • GAJI MINIMUM : RM 2,080.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,546.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan Jurubahasa Serentak

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Jurubahasa Serentak Gred N41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM2,080.00); atau
      • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N41 iaitu RM 2,283.43);
      • berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain yang berkaitan dan sebaliknya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian deskripsi tugas Jurubahasa Serentak Gred N41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Jurubahasa Serentak Gred N41.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives