Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan

Syarat Permohonan Juruteknologi Makmal Perubatan SPA. Adakah hal berkaitan perubatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan ini merupakan antara latihan separa perubatan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan?

Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA8i. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan

Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (Latihan Separa Perubatan)

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya. Selain itu bidang tugasnya juga membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubtan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan.

Deskripsi Tugas : Juruteknologi Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan yang penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit

Syarat Permohonan Juruteknologi Makmal Perubatan (Latihan Separa Perubatan)

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma

  • Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Cara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.

Syarat Kelayakan Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan:

  • 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  • Kolej Juruteknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
  • Kolej Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Berikut merupakan Syarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur:
    • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Kelayakan:
    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh pihak Kerajaan.
  • Keutamaan:
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Permohonan Jawatan Kosong Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Operasi Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup
Permohonan Jawatan Kosong SPA Terkini Mac 2018. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh
Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

error: Content is protected !!