Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial SPA

Skop Kerja Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Menjalankan kerja-kerja soal selidik, menyemak data dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan

Kumpulan:Pelaksana

Kementerian/ Jabatan : Kementerian Penerangan

Jadual Gaji Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,493.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Penyelidik Sosial Gred N29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00) ; atau
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik Sosial adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas serta skop kerja/ gaji Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Permohonan Jawatan Kosong Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Operasi Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup
Permohonan Jawatan Kosong SPA Terkini Mac 2018. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh
Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

error: Content is protected !!