Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim Gred T13 SPA

Skop Kerja Leftenan Muda Maritim Gred T13 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalam bidang ketenteraan sektor perkhidmatan awam(SPA)? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Leftenan Muda Maritim Gred T13 SPA. Apakah anda tertanya-tanya tentang deskripsi tugas Leftenan Muda Maritim Gred T13 beserta tangga gaji? Jawatan Leftenan Muda Maritim Gred T13 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalamIjazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Leftenan Muda Maritim Gred T13 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim

Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim Gred T13 Dan Gaji

Secara asasnya, seorang Leftenan Muda Maritim Gred T13 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-

  • Bertugas melaksanakan kerja-kerja peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; menjalankan kerja mencari dan menyelamat, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; menghulurkan pertolongan perkara berkenaan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; menjalankan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan ditempatkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Maklumat jawatan Leftenan Muda Maritim Gred T13 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jadual Gaji Leftenan Muda Maritim Gred T13

  • Gaji Minimum : RM2,502.00
  • Gaji Maksimum : RM9,803.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM230.00

Syarat Lantikan Leftenan Muda Maritim Gred T13

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Leftenan Muda Maritim Gred T13.

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • (c)
    • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred T13 iaitu RM2,502.00).
    • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains nautikal, sains samudera, pengajian kelautan (maritime studies) atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji awal bermula pada Gred T13 iaitu RM2,646.88); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred T13 iaitu RM2,646.88); atau
    • ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred T13 iaitu RM2,792.63); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred T13 iaitu RM3,084.15).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat fizikal : Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim

  • tinggi tidak kurang dari 1.63 meter untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa bersepatu;
  • berat badan tidak kurang dari 50 kilogram untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
  • memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
  • memiliki 81 sentimeter atau lebih ukuran lilitandada yang biasa serta 86 sentimeter sewaktu menghela nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa atau dengan memakai alat bantuan (kaca mata atau kanta lekap);
  • mengenali warna dan bunyi dengan baik; dan
  • diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T13, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah; dan

(c) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim Gred T13 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

One Comment

  1. Joshua Chang

    Terima kasih kerana share, saya memang berminat untuk apply position ini

    Reply

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives