Permohonan SL1M Online Skim Latihan 1Malaysia

Borang Pendaftaran/ Permohonan SL1M Online. Pernah dengar apa itu SL1M? Bagaimana membuat permohonan SL1M atau pendaftaran secara online? Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) menurut Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi, JPM adalah program yang diwujudkan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan. Program ini mendapat kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang menjalankan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Jawatan yang ditawarkan termasuklah dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terbabit ialah Maybank, Telekom Malaysia (TM),Malaysia Airlines (MAS)dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.

Permohonan SL1M Online Skim Latihan 1Malaysia

Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temudugaakan memperoleh peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan hingga setahun. Berikut disediakan maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program Skim Latihan 1 Malaysia.

Panduan Mengisi Borang Permohonan SL1M Online

Sebelum mengisi borang, peserta mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Graduan mestilah seorang warnganegara Malaysia.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnyaIjazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia.
  • Graduan tidak menerima pekerjaan setelah enam bulan memperoleh ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan.
  • Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengankelayakan atau gaji yang diterima.
  • Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia.

Cara Mendaftar Sebagai Peserta Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Berikut merupakan cara mendafta sebagai peserta Skim Latihan 1 Malaysia:

  • Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Isi maklumat lengkap dan sediakan segala bentuk dokumen yang diperlukan.
    • Borang Permohonan SL1M Online Skim Latihan 1Malaysia boleh didapati di DAFTAR SL1M.

Struktur Latihan Dan Modul Skim Latihan 1 Malaysia

Antara modul wajib untuk memantapkan kemahiran insaniah peserta Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) adalah seperti berikut:

  • Latihan Kemahiran Insaniah – 2 Bulan
    • Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000
    • Komunikasi
    • Kemahiran berfikir, menganalisa dan kreatif
    • Penyesuaian Organisasi
    • Nilai-nilai maju diri serta Profesional
    • Etika korporat, pemakaian dan adab
    • Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda
  • Latihan Di Dalam Kelas
    • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
    • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
    • Pengurusan Kewangan
    • Keusahawanan
    • Penguasaan Motivasi Diri
    • Penguasaan Disiplin Diri
    • Pemantapan Rohani dan Jasmani
    • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim
  • Latihan Di Luar Kelas
    • Penerapan Semangat Berpasukan
    • Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
    • Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Latihan Fizikal dan Penerapa Disiplin
    • Taekwondo
    • Aktiviti Berkawad
    • Sukan dan Kokurikulum Luar
    • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni
  • Kursus Pra-Pekerjaan
    • Minimum enam bulan dan maksimum 10 bulan
    • Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra Pekerjaan – minimum RM 1,000)
  • Penempatan Pekerjaan
    • Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

Maklumat Lanjut Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

  • Untuk maklumat lanjut, layari laman web SL1M di SL1M.

Semoga perkongsian maklumat berkenaan Borang Permohonan SL1M Online Skim Latihan 1Malaysia ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya buat semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives