Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Penerangan Gred S41SPA. Adakah berminat untuk menceburi pekerjaan dalam bidang penerangan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan PegawaiPenerangan Gred S41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Penerangan Gred S41 besertatangga gaji? Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisijawatan kosong sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Penerangan Gred S41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Penerangan Gred S41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan SPA Gred S41

Antara tanggungjawab Pegawai Penerangan Gred S41 adalah seperti berikut:

  • Bertugas menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/ Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-programpendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji Pegawai Penerangan Gred S41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Penerangan Gred S41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00); atau
      • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.   (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86); atau
      • ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.   (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86); atau
      • ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives