Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41

Senarai Tugas Penguasa Bomba Gred KB41 SPA Beserta Gaji. Adakah hal berkaitan keselamatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan PenguasaBomba Gred KB41 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Penguasa Bomba Gred KB41 ini merupakan di antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusanIjazah/Sarjana/PHD. Apakah skop kerja atau deskripsi tugas Penguasa Bomba Gred KB41?

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 secara rasmi. Anda boleh boleh melakukanpendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penguasa Bomba Gred KB41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Antara tanggungjawab atau deskripsi tugas Penguasa Bomba Gred KB41 adalah seperti berikut:

  • Aspek Operasi
    • Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
    • Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

    Aspek Penguatkuasaan

    • Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

    Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran

    • Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

    Aspek Latihan

    • Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

    Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan

    • Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jadual Gaji Penguasa Bomba Gred KB41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penguasa Bomba Gred KB41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,094.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,604.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

1. Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penguasa Bomba Gred KB41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KB41 iaitu RM2,094.00); atau
      • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KB41 iaitu RM2,300.73); atau
      • ijazah sarjana mudaUndang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KB41 iaitu RM2,404.51); atau
      • ijazah sarjana muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KB41 iaitu RM2,508.29); atau
      • ijazah sarjana muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KB41 iaitu RM2,612.07).

Syarat Fizikal

  • d) Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
    • d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      • tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
      • berat badan 48 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
      • memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
      • memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
      • melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
      • dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

3. Syarat Lantikan Bekas Anggota Tentera

  • Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruterbang dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(d) dan 1(e).

4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives