Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang SPA

Senarai Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 SPA Beserta Gaji. Sekiranya bidang penerbangan atau aviation menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41. Apakah deskripsi tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41? Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya anda ingin mengisijawatan kosong sebagai Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41

Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 adalah seperti berikut:

Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41

  • Menjalankan tugas-tugas Pemeriksa Kapal Terbang, pemeriksaan pesawat terbang bagi menentukan keperluan airworthiness memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara, menjalankanpenyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam dan mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penerbangan Awam

Jadual Gaji Pemeriksa Kapal Terbang Pelbagai Gred SPA

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 adalah seperti di bawah.

  • Gred AT41
    • GAJI MINIMUM : RM 2, 532.00
    • GAJI MAKSIMUM : RM 9, 637.00
    • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
  • Gred AT43
    • GAJI MINIMUM : RM 3, 610.00
    • GAJI MAKSIMUM : RM 10, 511.00
    • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 250.00
  • Gred AT47
    • GAJI MINIMUM : RM 5, 210.00
    • GAJI MAKSIMUM : RM 11, 768.00
    • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 270.00
  • Gred AT51
    • GAJI MINIMUM : RM 5, 858.00
    • GAJI MAKSIMUM : RM 12, 448.00
    • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 290.00
  • Gred AT53
    • GAJI MINIMUM : RM 6, 181.00
    • GAJI MAKSIMUM : RM 13, 254.00
    • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 320.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (penerbangan, elektrik atau elektronik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00); atau
      • AircraftMaintenance Engineer’s Licence yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c) dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT43, AT47, AT51 ATAU AT53

Calon adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT43, AT47,AT51 dan AT53, yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1 dan 2;
  • memperolehi tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred AT43 : RM3,610.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT47 : RM5,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT51 : RM5,858.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT53 : RM6,181.00).

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 dan gaji ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives