Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan

Senarai Tugas Penolong Pegawai PerubatanSPA Beserta Gaji. Sekiranya bekerja dalambidang perubatanmenarik minat anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Jawatan Penolong Pegawai Perubatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan diploma atau Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Perubatan secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkanpendaftaran pekerjaan di Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan SPA

Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan termasukjadual gajiminimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah seperti berikut:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

  • Peranan Primer
    1.1 Penjagaan Perubatan Primer

    1. Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
    2. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
    3. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
    4. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
    5. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.

    1.2 Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

    1. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepadaPegawai Perubatan.
    2. Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

    1.3 Pentadbiran

    1. Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
    2. Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
  • Peranan Khusus
    2.1 Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
    2.2 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U41

  • Membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
  • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

Kumpulan : Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

Jadual Gaji Penolong Pegawai Perubatan

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah seperti di bawah.

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00
U41RM2,429.00RM9,656.00RM225.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan.

LANTIKAN KE GRED U29

    1. Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

LANTIKAN KE GRED U41

    1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives