Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29

Senarai Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Dan Gaji. Adakah anda seorang lulusan Diploma/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedang mencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang terkini diiklankan pada bulan Mac 2018 di Portal Rasmi SPA. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank
  2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti
  3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan
  4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
    Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukanperaturan-peraturan cukai jualan dipatuhi
  5. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain

Kumpulan  : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jadual Gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,498.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,678.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;
  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c)
  • i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
  • ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
  • iii) Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatanPembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a)

  • i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  • i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber : SPA(Kategori Diploma)

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penguasa Kastam di SPA dan diucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda ini nanti.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives