Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia 2019

Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia (Cadet Pilot) 2019. Panduan buat anda yang sedang mencari pekerjaan dalam bidang penerbangan atau aviation. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang juruterbang? Dan bagaimanakah cara membat permohonan Kadet Juruterbang AirAsia? Sekiranya begitu, jawatan sebagai Kadet Juruterbang AirAsia mungkin dapat menepati citarasa anda.

Buat pengetahuan semua, jawatan Kadet Juruterbang AirAsia merupakan jawatan yang dapat dipohon sekiranya anda mempunyai Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

AirAsia telah membuka Permohonan kepada yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi Kadet Juruterbang. Permohonan dibuka  sehingga 18 April 2019.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia 2019.

Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia 2018

Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia Online Tahun 2019

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat Permohonan Kadet Juruterbang AirAsia 2019 termasuk syarat kelayakan minimum dan syarat kelayakan akademik.

Syarat Kelayakan Minimum Kadet Juruterbang AirAsia 2019

Syarat kelayakan minimum untuk menyertai Kadet Juruterbang AirAsia adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap.
  2. Berumur antara 18 hingga 28 tahun pada waktu permohonan dibuat.
  3. Mempunyai ketinggian minimum 158 sentimeter.
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik dari segi bacaan dan penulisan.
  5. Cerdas dari segi fizikal dan mental.
  6. Ketajaman visual pada jarak jauh ketika memakai atau tidak memakai kaca mata mestilah sekurang-kurangnya 6/9 atau lebih untuk sebelah mata yang diuji secara berasingan.
  7. Dan ketajaman visual dengan menggunakan binokular mestilah 6/6 atau lebih.
  8. Ralat pembiasan mestilah tidak melebihi 5 diopter.
  9. Pengesahan akhir bergantung pada laporan Doktor Perubatan dan Ophthalmologist.

Syarat Kelayakan Akademik Kadet Juruterbang AirAsia 2019

Bagi syarat kelayakan akademik, calon permohonan hendaklah memiliki mana-mana satu kelayakan berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa-apa kelayakan yang setaraf dengannya.
    1. Memperoleh apa-apa jenis gred ‘A’ dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.
    2. Mendapat apa-apa jenis gred ‘B’ dalam Fizik atau ‘A’ dalam mata pelajaran Sains.
    3. Memperoleh apa-apa jenis gred ‘B’ dalam mana-mana dua mata pelajaran lain.
    4. Lulus Bahasa Malaysia; atau
  2. Syarat bagi Diploma atau Ijazah:
    1. Bidang Kejuruteraan atau berkaitan dengan Sains.
    2. CGPA 3.0 ke atas.
    3. SPM dengan apa-apa jenis gred ‘B’ dalam mana-mana 5 mata pelajaran, yang mana perlu merangkumi Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Proses Permohonan

Selepas dipilih oleh AirAsia Berhad, Kadet-kadet akan menyertai Program AirAsia MPL untuk memperoleh Multi-Crew Pilot License (MPL) dengan Airline Transport Pilot License (ATPL) yang dibekukan sebelum mencapai matlamat utama iaitu mengemudi pesawat-pesawat Airbus A320.

Calon-calon perlu menempuhi beberapa peringkat penilaian, seperti berikut:

Fasa 1: Permohonan Online Kesesuaian & Kelayakan

Para pemohon perlu menjawab soalan-soalan penilaian Harrison secara online. Para penilai dari pihak AirAsia akan menilai permohonan anda dan calon-calon yang berjaya akan dijemput ke fasa seterusnya.

Fasa 2: Ujian Pemikiran Kritikal Kuantitatif & Penilaian Personaliti

Calon-calon yang disenaraipendek akan dijemput untuk mengambil ujian ini di tempat, tarikh dan masa yang ditetapkan.

Fasa 3: Ujian Penilaian Psikomotor, Orientasi Spatial & Fizikal

Calon-calon yang disenaraipendek akan dijemput untuk mengambil ujian ini di tempat, tarikh dan masa yang ditetapkan.

Fasa 4: Temuduga

Calon-calon yang disenaraipendek akan dijemput ke sesi temuduga. Calon-calon yang cemerlang dalam proses pemilihan akan dijemput oleh AirAsia untuk ke peringkat seterusnya sebelum menjalani Program AirAsia MPL.

Permohonan Online

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Kadet Juruterbang (Cadet Pilot) AirAsia 2019 ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat berjaya mendapat melayakkan diri sebagai seorang Kadet Juruterbang.

One Comment

  1. Muhammad Khaidir B Ali

    Assalammualaikum tuan,puan..sya memang bercita-cita ingin menjadi pilot..tetapi disebab kan bahasa ingeris saya agak lemah hanya mendapat e dlm spm..byk kali permohonan sya ditolak..sehingga saya berumur 31 tahun sekarang..harap diberi peluang untuk belajar dan bekerja..saya tidak akan putus asa untuk terus mencube mohon dalam peluang ini

    Reply

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives