Permohonan Anggota RELA Online

Permohonan Anggota RELA Online.  Panduan bagi yang berminat untuk menyertai anggota Sukarelawan Malaysia RELA. Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk melakukan permohonan RELA. Antara cara termudah untuk menjadi seorang anggota RELA adalah dengan membuatPermohonan RELA secara online melalui sistem MyRELA. Berikut dikongsikan cara permohonan RELA secara online.

Permohonan Anggota RELA Online/ Atas Talian

Syarat kelayakan, tugas, dan faedah menyertai RELA adalah seperti berikut:

Faedah

  • Memperoleh pakaian seragam operasi secara percuma.
  • Mendapat peluang untuk mengikuti kursus dan latihan secara percuma.
  • Elaun dibayar dan tempat penginapan disediakan.
  • Makanan adalah percuma.
  • Dapat meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan.

Permohonan Anggota RELA Online

Fungsi dan tugas RELA

  • Kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  • Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  • Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

Syarat Kelayakan Permohonan Anggota RELA

  • Mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.
  • Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA kecuali;
    • Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
    • Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
    • Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
    • Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
    • Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.
    • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
    • Anggota-anggota sedang berkhidmat dalam Pasukan SukarelaTentera Laut DiRaja Malaysia.
    • Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
    • Anggota-anggota Pasukan Polis.
    • Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis berkuatkuasa di Malaysia.
    • Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
    • Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Permohonan Anggota RELA Online di MyRELA

  1. Untuk melakukan permohonan online, pengguna perlu layari ke portal MyRELA di
  2. Hanya browser Firefox sahaja yang boleh digunakan.
  3. Selepas itu, halaman sistem Myrela akan dipaparkan. Klik pada menu Permohonan online untuk membuat permohonan secara online.
  4. Sila pastikan maklumat diisi pada ruangan yang bertanda asterisk * berwarna merah.
  5. Selepas semua maklumat yang diperlukan telah diisi, klik butang Hantar.
  6. Mesej akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa maklumat anda Berjaya dihantar.
  7. Sekiranya terdapat ralat seperti permohonan anda telah wujud atau lain-lain, ini menandakan permohonan anda tidak Berjaya dihantar.

Semakan Status Permohonan Anggota RELA Online

  1. Untuk melakukan semakan permohonan anda yang telah dibuat secara online, anda boleh layari:
  2. Seterusnya klik pada menu semak permohonan.
  3. Sistem akan memaparkan gambar seperti  di bawah. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.
  5. Sekiranya ingin mencetak maklumat atau status permohonan secara online, anda boleh klik pada pautan CETAK.

Selamat membuat Permohonan Anggota RELA online. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan mendorong anda untuk berjaya menjadi ahli anggota RELA.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives