Permohonan Guru Interim Kementerian Pendidikan Malaysia 2020

Panduan buat semua yang berminat dan berkelayakan. Tahukah anda bilakah tarikh pengambilan/ permohonan guru interim KPM 2020? Buat pengetahuan semua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru interim di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina KPM Ambilan Tahun 2020 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Mereka yang berminat dan berkelayakan perlu membuat permohonan secara atas talian pada masa yang telah ditetapkan.

Permohonan Guru Interim Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan Guru Interim KPM Kementerian Pendidikan Malaysia 2020

Berikut dikongsikan maklumat pernting berkaitan Permohonan Guru Interim Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 buat rujukan semua:

KETERANGAN PROGRAM

  1. Tajuk: Pengambilan Guru Interim Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020.
  2. Nama Perjawatan: Guru Interim.
  3. Tempoh Interim: Tiga Tahun sahaja

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
    • Bagi calon-calon Semenanjung Malaysia: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA)  atau
    • Bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA 3.0 dan ke atas atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia ;
    • Memperoleh surat pengiktirafan ijazah secara dalam talian sekiranya memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan atau universiti luar negara dengan merujuk kepada laman sesawang Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di alamat
      http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
    • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    • Memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon SJKC kecuali opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. Opsyen yang ditawarkan adalah seperti berikut:

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Berjawatan tetap dan sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Secara Mod Latihan Perguruan KDC atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
  3. Pemohon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  4. Calon yang diisytiharkan bankrap.
  5. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  6. Pemohon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41.
  7. Calon yang pernah diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari URL IPGM: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM bermula pada 23 September 2019.
  2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh interim.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 SEPTEMBER 2019 (ISNIN), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM

SEMAKAN KEPUTUSAN MENDUDUKI UKCG

Maklumat semakan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru (UKCG) adalah seperti berikut:

  1. Semakan boleh dibuat secara online di pautan berikut: https://pismp.moe.gov.my/mymohon
  2. Tarikh semakan dibuka: 9 Oktober 2019
  3. Tarikh semakan ditutup: 13 Oktober 2019

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  1. Pemohon yang diterima hendaklah menduduki Ujian Psikometrik sebelum menjalani proses temuduga bagi jawatan Guru Interim.
  2. Pemohon yang melepasi temu duga dan mendapat tawaran jawatan Guru Interim perlu bersetuju dan patuh atas semua syarat-syarat surat tawaran interim termasuk pindaan-pindaan yang dilakukan terhadapnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah samada di kawasan bandar atau pedalaman.
  3. Guru Interim tersebut perlu berkhidmat tiga (3) tahun atau lebih di sekolah yang ditetapkan dan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim tidak akan dipertimbangkan.
  4. Guru Interim yang tiada ikhtisas pendidikan perlu menjalani Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk memperoleh ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim serta layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan.
  5. Maklumat berkenaan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan menerusi emel. Calon dikehendaki membawa salinan cetakan emel sewaktu temu duga.
  6. Sekiranya tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019, permohonan dianggap tidak berjaya. Tiada makluman secara bersurat yang akan diberikan oleh KPM kepada pemohon.

ALAMAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604, PUTRAJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-8884 7720/7724/1446/7741

Selamat membuat permohonan kepada semua yang berminat dan semoga berjaya!

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives