Contoh Surat Rasmi Format Terkini

Panduan buat semua yang ingin mengarang surat kiriman rasmi. Tahukah anda cara atau format yang betul untuk menulis surat kiriman rasmi? Berikut dikongsikan beberapa contoh surat rasmi format terkini yang mudah dan terbaik buat rujukan semua.

Surat merupakan suatu medium komunikasi konvensional yang masih digunakan secara meluas di Malaysia terutama surat kiriman rasmi. Ia dikarang untuk pelbagai tujuan seperti memohon pekerjaan, berhenti kerja, memberi alasan rasmi, dan sebagainya. Ianya berbeza dengan surat kiriman tidak rasmi.

Contoh Surat rasmi mudah dan terbaik

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Berikut dikongsikan maklumat surat kiriman rasmi yang merangkumi tujuan, format dan contoh surat rasmi. Untuk sektor awam, surat rasmi merupakan salah satu cara perhubungan yang penting di antara agensi Kerajaan dengan agensi Kerajaan yang lain dan orang ramai. Surat disediakan bertujuan untuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan, tindakan dan keputusan.

Tujuan Surat Rasmi

Surat kiriman rasmi dikarang untuk beberapa tujuan. Antaranya adalah:

  1. Surat Permohonan: Memohon pekerjaan, bantuan, lawatan sambil belajar.
  2. Aduan dan Bantahan: Kerosakan, pencemaran.
  3. Surat Rayuan: Rayuan kemasukan kolej, derma dan bantuan kewangan.
  4. Makluman tidak hadir ke sekolah.
  5. Surat Jemputan: Jemputan ke mesyuarat PIBG.

Format Surat Kiriman Rasmi

Surat rasmi mempunyai format yang berbeza dengan surat kiriman tidak rasmi. Ia bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Berikut dikongsikan format yang betul untuk menghasilkan surat kiriman rasmi:

  1. Alamat, Tarikh Dan Perkara

    • Alamat Pengirim
    • Garisan Melintang
    • Alamat Penerima
    • Tarikh
    • Panggilan Hormat/Gelaran Penerima
    • Tajuk Atau Perkara
  2. Isi Surat

    • Perenggan Pertama (Ditulis dari tepi surat dan tidak bernombor).
    • Perenggan Kedua Dan Seterusnya (Diletakkan nombor bermula dari nombor 2).
    • Penutup (Ditulis dari tepi surat, tidak bernombor).
    • Pengakuan Dan Tanda Tangan Pengirim (Diletakkan di sudut kiri bawah surat).
    • Nama Pengirim (Gunakan huruf besar dalam kurungan).
    • Jawatan Pengirim.

Contoh Surat Rasmi Pelbagai Tujuan

Berikut dikongsikan contoh lengkap surat kiriman rasmi buat rujukan semua:

CONTOH 1

Zuhaidi Bin Hilmi
No. 7 Jalan Peserai Jaya 1,
Taman Peserai Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

_____________________________________________

Pengurus Besar
ABC Auto Service,
No. 100 Jalan Rahmat,
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

16 Februari 2012

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama empat (4) bulan bermula dari 6 Jun 2012 sehingga 27 September 2012.

2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda KejuruteraanAeroangkasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Saya sedang mengikuti pengajian di semester keenam di mana salah satu syarat untuk menamatkan pengajian adalah dengan mengikuti program latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti dalam bidang Kejuruteraan. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Bersama-sama ini saya sertakan resume / CV untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,
………………………………
(ZUHAIDI BIN HILMI)
Mahasiswa,
Kuliah Kejuruteraan Aeroangkasa,
UIAM Gombak.

CONTOH 2

Zuhaidi Bin Hilmi
No. 7 Jalan Peserai Jaya 1,
Taman Peserai Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

_____________________________________________

Pengurus Besar
ABC Auto Service,
No. 100 Jalan Rahmat,
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

16 Julai 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA

Merujuk perkara di atas, saya Zuhaidi Bin Hilmi (No. KP 930801015501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai jurutera di organisasi tuan.

2. Buat makluman tuan,  sebelum ini saya pernah memegang jawatan sebagai Jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan di Sepang. Saya juga memiliki pengalaman yang luas dalam bidang automotif serta menguasai kemahiran menggunakan perisian khas dalam komputer.

3. Saya yakin bahawa kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Sudah menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dari segi pentadbiran dan servis.

4. Bagi memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan menghubungi saya di talian 0147752121 untuk tindakan lanjut.

Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
………………………………
(ZUHAIDI BIN HILMI)
Jurutera,
Malaysia Airlines Berhad.

Diharap agar perkongsian Contoh Surat Rasmi ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives