Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Tunjuk Sebab Terbaik Yang Mudah Dan Ringkas. Panduan buat pekerja yang ingin menulis surat tunjuk sebab. Berikut dikongsikan Contoh Surat Tunjuk Sebab terbaik yang mudah dan ringkas. Sekiranya anda ingin tahu apa itu surat tunjuk sebab, ianya adalah surat perlu ditulis oleh pekerja yang telah membuat sesuatu kesalahan yang melanggar kontrak.

Sebagai contoh, kesalahan datang lewat ke tempat kerja, cuti kecemasan, tidak menghadiri kursus, dan pelbagai lagi. Pekerja yang berkenaan hendaklah memberi penjelasan kepada majikan melalui surat rasmi dengan memberikan alasan yang munasabah untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan seterusnya.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Ringkas

Surat Tunjuk Sebab Yang Mudah Dan Ringkas

Berikut adalah diantara contoh surat Tunjuk Sebab yang terbaik, mudah dan ringkas :-

i) Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat

ALI BIN AHMAD
NO. 22, JALAN AB,
KOLAM AIR,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM

18 JUN 2016

XYZ SDN BHD,
LOT PLO 88, JALAN UBI KAYU,
81400 SENAI,
JOHOR DARUL TAKZIM

Tuan,

PERKARA : SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Ali Bin Ahmad, tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat pada hari Isnin 16 Jun 2016.

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana demam dan cirit-birit.

4. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan mohon maaf atas ketidakhadiran untuk bermesyuarat pada hari tersebut.

Segala perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
NO K./: …………………………

ii) Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 1

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit Lapis,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

18 Jun 2016

Ali bin Ahmad
No. 22, Jalan AB,
Kolam Air,
80200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT MENGHADIRI KURSUS ANJURAN JPNS

Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin merujuk kepada surat bernombor rujukan JPNS.SPA.KUR 700-5/2 Jld.03 ( ) bertarikh 14 Jun 2016 yang betajuk Kursus Pemantapan Tatabahasa Untuk Sekolah Rendah Johor 2016 yang saya terima pada 15hb. Jun 2016.

2. Saya amat berbesar hati kerana nama saya tersenarai dan terpilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 3 hari 2 malam di Hotel Naza Talyaa, Melaka pada 19 – 21hb Mei 2016.

3. Dengan Dukacitanya saya TIDAK dapat untuk menghadiri kursus tersebut kerana sebab-sebab seperti berikut: –

  • i. Tiada orang untuk menghantar dan menjemput anak saya ke sekolah (Tahun 1 dan Pra Sekolah)
  • ii. Pada 20 – 24hb. ada peperiksaan KAFA untuk kelas kafa anak sulung saya pada jam 2.30 – 5.00 petang di kelas KAFA As-Solihin (masalah menghantar dan menjemput balik)
  • iii. Saya terpaksa membeli makanan di kedai selama tempoh ibu mertua saya berpantang selepas pembedahan mata (Katarak) kerana ibu mertua saya masih belum dapat memulakan aktiviti memasak dalam tempoh tersebut.
  • iv. Isteri saya bertugas agak jauh dari Rembau (MPN Nilai) dan sukar untuk mendapat pelepasan cuti kerana cuti terhad.
  • v. Saya guru opsyen Bahasa Melayu tetapi di luar norma kerana menyandang jawatan sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari)

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi kerana ia nampak kecil tetapi memberi kesan yang tersendiri terhadap masalah pengurusan harian saya buat masa kini.

5. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat menggantikan saya dengan guru lain untuk tujuan kursus ini dengan menghubungi pihak yang berkenaan.

Segala perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)

iii) Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 2

PIHAK YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

PERKARA : SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Ali Bin Ahmad, tidak dapat menghadirkan diri ke Kursus Teach Smart yang berlangsung di Bilik Mesyuarat pada hari Isnin 16 Jun 2016.

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana persiapan auditorium dan powerpoint membuat program Pengarah Turun Padang.

4. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan mohon maaf atas ketidakhadiran untuk berkursus pada hari tersebut. Segala perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Parit Lapis,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

iv) Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bertugas

Nama dan Alamat anda

Tuan Pengurus,
Nama Majikan dan Alamat,                                                10 Ogos 2015

Tuan/Puan,

PERKARA : SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

Merujuk Perkara di atas, Saya merangkap jawatan sebagai Penolong Juruteknik Kanan ingin menyatakan sebab kepada ketidakhadiran saya untuk bertugas pada 6/8/2015 yang lalu. Disebabkan kemampuan kesihatan yang terbatas, saya tidak mampu menggalas tugas yang diberikan pada hari tersebut.

2. Berikutan kecederaan yang disebabkan kemalangan di bengkel kimpalan kilang tempoh hari, kaki saya mula membengkak dan sakit, saya telah pun mendapatkan rawatan di pusat perubatan dan pakar mengesyorkan saya bercuti pada hari tersebut. Dengan ini, saya lampirkan sekali sijil cuti sakit yang mengesahkan kehadiran saya ke pusat perubatan tersebut bersama-sama surat tunjuk sebab ini.

3. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan mohon maaf atas ketidakhadiran untuk bertugas dan amat mengharapkan kerjasama pihak tuan.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Parit Lapis,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

v) Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Bekerja

Kepada :
Yang Dipertua.

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KELEWATAN KE TEMPAT KERJA TANPA KEBENARAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas dan surat dari Jabatan Khidmat Pengurusan bertarikh 2 Mei 2013 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan, bahawa saya telah mendapat surat kelewatan ke tempat kerja tanpa kebenaran seperti berikut:-

Nama             :

Jawatan          :

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memberi sebab bahawaw tarikh-tarikh kelewatan tersebut adalah seperti di lampiran. Saya telah mengalami kesukaran untuk datang awal sebelum jam lapan pagi ke pejabat kerana saya menaiki motosikal dan terpaksa meredah hujan lebat. Tambahan pula, pada masa ini saya sedang menjaga nenek saya yang sedang nazak. Oleh itu saya sukar untuk menepati masa yang ditetapkan.

4. Segala perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Parit Lapis,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Semoga perkongsian senarai contoh surat tunjuk sebab yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Diharap agar anda terus berjaya dalam kerjaya anda.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!