Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Online

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Online. Adakah anda berminat untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)? Adakah anda ingin tahu bilakah tarikh Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 dibuka? Jika begitu, kami mempunyai berita baik buat anda yang ingin menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagaiPerajurit Muda. Untuk makluman, kini pihak TLDM telah mempelawa belia dan beliawanis tanah air untuk pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 menerusi portal rasmiFacebook Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 secara online sudah boleh dibuat mulai sekarang untuk pengambilan perajurit muda TLDM 223/22 sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Permohonan ini sangat sesuai untuk calon lepasanSPM yang sihat tubuh badan. Golongan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada TLDM dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesiPemilihan Awal Perajurit Muda 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Online

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah.
    • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang pertukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Diploma kejuruteraan – sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi yang diiktiraf oleh MQA. SPM dan setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
  4. Memiliki kewarganegaraan Malaysia.
  5. Berumur antara 18 hingga 25 tahun.
    • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh 28 Februari 2022.
  6. Bujang. Belum berkahwin.
  7. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepadakelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal.
    • Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
  8. Penglihatan mestilah terang dan jelas tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap dan tidak buta warna.
  9. Calon wajib mempunyai alamat emell persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

Syarat Kelayakan Taraf Kesihatan

  • Sempurna anggota badan (tidak cacat).
  • Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang.
  • Tiada penyakit asma atau penyakit kronik yang lain.
  • Tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray dan disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

Syarat Minimum Ukuran Fizikal

  • Berat badan sekurang-kurangnya 47.5 kilogram bagi lelaki dan 46.5 kilogram bagi wanita.
  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.62 meter bagi lelaki dan 1.60 meter bagi wanita.
  • Body Mass Index (BMI) di antara 18 hingga 25 bagi lelaki dan 18 hingga 23 bagi wanita.
  • Ukuran badan bagi lelaki adalah sekurang-kurangnya 76 sentimeter.

Maklumat Lanjut Pengambilan TLDM

Iklan permohonan seperti berikut:

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Alamat:
    • Markas Tentera Laut, Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
  • Telefon: 03 – 20713177 atau 03 – 20716925
  • Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
  • Laman Web: www.navy.mil.my

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Online kepada semua yang berminat dan berkelayakan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan selamat maju jaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives