Pengambilan Perajurit Muda PSSTLDM 2018 Online

Pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM Tahun 2018 Secara Online. Adakah anda berminat untuk menjadi anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)? Adakah anda ingin tahu bilakah tarikh Pengambilan Perajurit Muda PSSTLDM Sesi 2018 dibuka? Jika begitu, kami mempunyai berita baik buat anda.

Untuk makluman, kini Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) yang berpengkalan di KD Sri Pinang akan mengadakan sesi pengambilan pegawai dan perajurit muda untuk tahun 2018. Maklumat yang dikongsikan memaparkan informasi pengambilan, tarikh & lokasi dan dokumen yang diperlukan. Pemohon perlu menesahkan pendaftaran secara online jika berminat untuk hadir.

Pengambilan Perajurit Muda PSSTLDM

Pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM : Tarikh & Maklumat Berkaitan

Pasukan sangat mengalu-alukan warganegara Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun menyertai PSSTLDM dengan menghadiri sesi Ujian Kecergasan pada ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh : 10 Mac 2018
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 9.00 hingga 11.00 Pagi
  • Tempat : KD Sri Pinang Jalan Akuarium Gelugor Pulau Pinang
  • Pakaian : T-shirt putih berkolar, seluar track suit gelap

Calon perlu membawa dokumen berikut semasa menghadiri Ujian Kecergasan:

  • Kad pengenalan
  • Gambar terkini berukuran passport
  • Sijil-sijil berikut:
    • Kelahiran
    • SPM/STPM
    • DIPLOMA/IJAZAH dan transkrip
    • Berhenti sekolah
    • Sijil sokongan (penglibatan sukan, kepimpinan)
      *satu salinan setiap satu

Pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran anda bagi Pengambilan PSSTLDM KD SRI PINANG 2018 boleh dilakukan secara online di DAFTAR ONLINE.

Pengambilan pegawai dan Perajurit Muda Pasukan simpanan sukarela TLDM

Pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM : Maklumat Latihan

Secara umumnya, latihan yang dijalankan untuk pegawai dan askar laskar PSTLDM bermatlamat supaya mereka berkeupayaan untuk melaksanakan peranan dan tugas PSTLDM. Di samping itu juga, latihan yang dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental kerana mereka harus mengerah tenaga apabila keadaan memerlukan kelak.

KONSEP UMUM PELAKSANAAN LATIHAN

Latihan bagi anggota sukarela perlulah disesuaikan dengan masa dan keupayaan anggota sukarela yang menyertainya. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan apabila sesebuah unit PSTLDM itu merancang sesuatu latihan itu. Antaranya adalah:

  • a. Latihan dijalankan pada waktu petang pada jam 1800 setelah habis kerja sektor awam.
  • b. Latihan pada hujung minggu.
  • c. Latihan pada waktu luar kerja bagi mereka yang berada dalam kerja shift.
  • d. Menjalankan latihan di tempat yang sesuai bagi kebanyakan anggota sukarela.
  • e. Jurulatih pergi ke tempat latihan dan bukan anggota sukarela pergi ke tempat jurulatih.
  • f. Latihan yang dirancang tidak membebankan anggota sukarela atau majikan.

Pengambilan Perajurit Muda PSSTLDM : Maklumat Elaun

Pemberian elaun dan saguhati kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka. Dasar penetapan perkara ini adalah seperti termaktub di dalam Territorial Army (Pay and Allowances) Rules 1959 dan Report Of The Committee Of Officials On The Salaries And Terms And Conditions Of Service Of The Malaysian Armed Forces (Laporan JKK Pertama).

  • Pembayaran elaun PSSTLDM dibuat berpandukan Buku Panduan Urusan Gaji Bab F (Prosedur Pembayaran Gaji Dan Elaun Angkatan Sukarela), yang dikeluarkan oleh Mk – ATM Jabatanarah Urusan Gaji AT (Cawangan Askar Wataniah). Panduan ini dikeluarkan agar semua unit PSSTLDM dapat melaksanakan dokumentasi dan pembayaran elaun dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

KELAYAKAN ELAUN : Pengambilan Perajurit Muda PSSTLDM

Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, elaun yang layak dibayar kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti berikut:

  • a. Elaun Kehadiran Perbarisan Tempatan.
  • b. Elaun Latihan Berterusan.
  • c. Saguhati Tahunan (Annual Bounty)
  • d. Elaun Pakaian Seragam dan Elaun Senggaraan Pakaian
  • e. Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (BISS)
  • f. Bayaran Insentif Semenanjung(BIS).
  • g. Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM).
  • h. Elaun Pengangkutan.

Selamat membuat Permohonan Pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM kepada semua yang berminat dan berkelayakan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan selamat maju jaya.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!