Deskripsi Tugas Jurufotografi SPA Dan Gaji

Panduan buat mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam. Bagi mereka yang memiliki bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Jawatan Jurufotografi merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai dan deskripsi Tugas Jurufotografi B19 Hingga B53 beserta jadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Jurufotografi SPA, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Jurufotografi

Deskripsi Tugas Jurufotografi

Berikut merupakan deskripsi tugas Deskripsi Tugas Jurufotografi.

  • Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual Gaji Jurufotografi

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jurufotografi.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19RM1,360.00RM4,032.00RM100.00
B21RM2,047.00RM4,747.00RM115.00
B25RM2,597.00RM5,289.00RM125.00
B27RM2,726.00RM5,564.00RM130.00
B29/B30RM1,499.00RM5,679.00RM145.00
B31RM2,851.00RM6,263.00RM155.00
B37RM3,565.00RM7,588.00RM180.00
B39RM4,993.00RM8,979.00RM225.00

Syarat Lantikan – Jurufotografi

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Jurufotografi :

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;

b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Jurufotografi Gred B19

c)

  • i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,418.12); atau
  • iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,476.24).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Jurufotografi Gred B29

d)

  • i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iv) diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,777.78).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B21 ATAU B25

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurufotografi Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 / Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B31, B37 ATAU B39

4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurufotografi Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B39: RM4,993.00).

Syarat Ujian Khas

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Calon yang memohon jawatan ini perlu memiliki kamera DSLR untuk dibawa bersama semasa menghadiri Ujian Bakat Jurufotografi.

Untuk maklumat lanjut senarai tugas dan gaji seorang Jurufotografi sila rujuk di Sumber: Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Jurufotografi beserta gaji ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives