Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara TUDM

Panduan buat para belia yang berminat untuk menceburi bidang ketenteraan. Apakah dia Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara TUDM? Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia sedang membuka peluang untuk pengambilan anggota baru sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Berikut dikongsikan maklumat pemilihan awal Perajurit Muda Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) siri 60/ 19 buat rujukan pemohon.

Buat pengetahuan semua, Pemilihan awal Perajurit Muda Udara Siri 60/ 19 (TUDM) adalah untuk sesi kemasukan pada Januari 2019 akan datang.

Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara TUDM

Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara TUDM

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, syarat-syarat lain, cara permohonan dan keterangan lanjut buat rujukan semua:

Pemilihan awal Perajurit Muda Udara Siri 60/ 19 (TUDM) : Kelayakan Akademik

Untuk mengambil bahagian dalam Pemilihan awal Perajurit Muda Udara Siri 60/ 19 (TUDM), calon hendaklah mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:

  1. SPM 
    • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan diberikan buat calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Gaji Permulaan : RM 1,564.00
  2. SKM
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Gaji Permulaan : RM 16,30.01 (SKM Tahap 2) dan RM 1,696.02 (SKM Tahap 3)
  3. TUGAS KHUSUS
    • Diploma dalam Kejuruteraan (Jadual senarai Diploam di sertakan di bawah ini) dan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Gaji Permulaan : RM 1,564.00

pemilihan awal perajurit muda tudm

Pemilihan awal Perajurit Muda Udara 2019 Siri 60/ 19 (TUDM) : Syarat-Syarat Lain

  1. Umur.
    • Calon hendaklan berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh 1 Januari 2019.
  2. Tahap Kesihatan.
    • Tidak cacat anggota badan.
    • Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun sebelumnya.
    • Tiada penyakit asma/lelah atau penyakit kronik yang lain.
  3. Tahap Penglihatan.
    • Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap/sentuh dan memiliki pengecaman warna yang sempurna. (Tidak rabun/buta warna).
  4. Tahap Pendengaran.
    • Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran.
  5. Fizikal.
    • Berat Badan Minimum. Lelaki – 47.5 kg.
    • Ketinggian Minimum. Lelaki – 1.62 m.
    • Indeks Jisim Badan (BMI). Antara 18 hingga 25. Cara Pengiraan: BMI = Berat (kg)/[Tinggi (m) x Tinggi (m)].
    • Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).
  6. Kecergasan Fizikal. Memiliki kecergasan jasmain yang tinggi.

Cara Pemohonan

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Pemilihan awal Perajurit Muda Udara Siri 60/ 19 (TUDM), berikut dikongsikan cara permohonan:

Keterangan Lanjut

Berikut dikongsikan maklumat untuk keterangan lanjut:

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara TUDM ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya kepada yang memohon.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives